Khasiat Pati Delima
Buah Delima / Pati Delima
Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah :
Maksudnya : Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar , manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya , delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang cina misalnya menyajikannya sewaktu perkahwinan kerana di anggap lambang kesuburan , kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as , delima sudah ditanam di Palestin , Syria dan Lebanon. Rimmon , kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini , terkenal kerana pengeluaran delima atau rumman , sempena namanya.
Delima dipercayai berasal dari Iran , kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean , disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter , atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula , pokoknya malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Khasiat Buah Delima / Pati Delima
Menstabilkan Paras Kolestrol
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
Tahap Antioksidan Yang Tinggi
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
Melawan Penyakit Jantung
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi flavonoids dan polyphenols yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
Merangsang Tenaga Batin
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai natural viagra dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
Menguatkan Sistem Pertahanan Badan
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik : Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.
Menghalang Kemasukan Virus HIV-1 Dan Mocrobicide
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
Mengelakkan Kanser Kelenjar Prostat
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
Melawan Kanser Payudara
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
Merendahkan Tekanan Darah
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia muda. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah , faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
Menguatkan Kesihatan Gigi
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
Mencegah Penyakit Alzheimer / Nyanyuk
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi decitan pada pengidap asthma dan lelah.
Mengandungi Pelbagai Vitamin
Delima mengandungi potassium yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
Khasiat Delima Untuk Ibu Ibu Hamil
- Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan morning sickness
- Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan bayi )
- Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat sesuai dengan pergerakan bayi yang dikandung)
- Menjadikan kulit bayi sihat , gebu dan cantik
- Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur
Melindungi Otak Bayi
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan , kebaikan jus delima adalah mengandungi potassium di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
Kepentingan Delima Untuk Wanita
- Menegangkan payudara
- Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
- Mencerahkan kulit
- Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
- Membuang lemak berlebihan terutama di perut
- Merapat dan mencegah kanser rahim
- Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
- Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
- Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
- Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse
- Merawat keputihan dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj
- Menghalang pembentukan sel barah payudara
- Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)
0 ulasan